Tuesday, January 31, 2012

7 sumber semulajadi baik untuk tubuh



Haaaa... Ade 7 jenis sumber semulajadi yg memberikan khasiat kepada kekuatan dalaman kita. Mungkin setiap hari anda ada mengambil buah-buahan ni tapi tak tahu ape khasiatnya kan.. Tapi bagi yang jarang-jarang ambil atau tak pernah ambil langsung, kalau boleh ambil ea lepas ni.. hehehe.... Nak tau ape dia... jom check!

1) Brokoli





Brokoli dikenali sebagai keluarga sayuran seperti kubis, bunga kubis, dan kangkung. Kebanyakan sayuran jenis ini mengandungi unsur glucosinolates yang tinggi. Selain itu, jenis sayuran yang memiliki unsur sulforaphane ini dikatakan dapat menghalang pertumbuhan beberapa sel penyakit dalam tubuh. 



2) Kiwi 



Kiwi dapat meningkatkan stamina tubuh, kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan, mengandungi kandungan vitamin C yang sangat tinggi dan meningkatkan daya tahan tubuh. Jom kita ramai2 beli jus kiwi.. Rasa dia pun sangat sedap kan..



3) Epal


Epal adalah pilihan terbaik untuk kamu yang menjalani program diet. Epal kaya dengan zat yang berfungsi sebagai anti-oksida dan kandungan mineralnya dapat merangsang pertumbuhan tulang. Selain itu, seratnya juga membantu menstabilkan tekanan darah dan kadar gula dalam tubuh.
Kebanyakan olahragawan atau pekerja aktif sangat memerlukan ketahanan fizikal yang kuat. Untuk mengawal dan menstabilkan ketahanan tubuh, amalkan resipi berikut! Campurkan dua sudu makan sari epal di dalam segelas air kemudian minumlah dua atau tiga kali sehari. Dengan mengamalkannya,  kamu akan miliki daya tahan tubuh yang tinggi.


4) Jagung

Antara khasiat jagung adalah : kalori,protein, lemak, karbohidrat, fosfor, ferrum, vitamin A & B1 serta air. 
Jagung adalah sumber karbohidrat utama di Amerika Tengah dan Selatan! Sebagai tanaman yang mengandungi banyak manfaat pada kesihatan, jangung mempunyai khasiat sebagai pembangun otot dan tulang, baik untuk otak dan sistem saraf, mencegah gigi berlubang, serta minyaknya dikatakan dapat menurunkan kolestrol dalam darah.



5) Strawberi


Mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, vitamin B dan mineral. Selain itu, strawberi juga tinggi serat, rendah lemak dan kalori. Bagaimana strawberi mampu memelihara kesihatanmu? Khasiatnya yang didominasi oleh vitamin C, berfungsi sebagai anti-oksida! Bahkan kandungan anti-oksida ini dua kali ganda dari epal. 

Zat-zat ini menghalang radikal bebas aktif di dalam tubuh. Meskipun tubuh mampu menghasilkan anti-oksida sendiri, namun kamu masih memerlukan makanan tambahan untuk tubuh. Selain itu, strawberi juga mempunyai kandungan flavonoid, iaitu sejenis bahan aktif yang dikatakan dapat melindungi jantung, memelihara kesihatan pembuluh darah dan mencegah darah mudah menjadi beku.

6) Avokado


Avokado mempunyai kandungan lemak dan kalori yang sangat tinggi! Walau bagaimanapun, kandungan lemaknya mampu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL), serta menurunkan risiko penyakit jantung. Menurut penyelidikan yang dibuat, lemak ini dikatakan dapat membantu mengendalikan diabetis. Pengambilan lemak dari avokado sebelum melakukan aktiviti dapat meningkatkan tenaga tanpa membuatkan berat badan semakin bertambah. Selain itu, avokado juga dikatakan dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit.

7) Betik



Betik kaya dengan vitamin C dan merupakan sumber antioksida yang baik. Kandungan seratnya yang halus sesuaai di makan oleh semua peringkat umur. Dalam sistem perubatan tradisioanal Cina, betik dikatakan dapat mengatasi gangguan pencernaan, serta menghilangkan cacing usus. Selain itu, vitamin C nya juga sangat sesuai untuk pembentukkan sperma.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...