Friday, February 3, 2012

Jus buah!! My feveret tawww..

Assalamualaikum selamat petang korang =)

Hari ni terajin nak post something alang2 pos laju hon kuat2 tadi depan umah sebab delivery my feveret novel sampai 3 buah cik Limau order.. huhuhu... Tak saba nak baca jap lagi.. Tapi hari pun da petang, mata da makin layu rase nk tido je time ni. Jap lagi mesti my mom panggil minum petang.. Bila cakap pasal minuman ni... Tiap2 petang ade milo untuk kami n tea untuk abah.. Memang badan cik Limau penuh dengan kalsium kerana minum susu je kejenye tapi susu tepung tanpa gula ok... =)

Da alang2 bersembang pasal minuman ni, biasanya kalau pergi makan kat luar, minuman ape yang korang selalu order??? wink2... Mesti milo ais, neslo ais, carrot susu, tembikai laici, fresh oren, sirap bandung, teh limau ais dan...dan...banyak lagi lah... Haaa... setiap kali pergi mimum2 ngan kawan-kawan kan, cik Limau akan pesan :


 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 V

AIR SUAM
LEMON ICE TEA
LIMAU SUAM
MILO ICE TABUR
TEMBIKAI LAICI
JUS EPAL ASAM BOI
JUS JAMBU
N LAIN2 MINUMAN JUS BUAH

so yummy :)
Huhuhu.... amacam same tak?? Same je kan kita. Sape yang tak gilakan jus buah-buahan.. Rasa dia sedap kot.. Rugi lah kepada mereka dan sahabat-sahabat mereka yang tidak sukakan jus buah.. Kalau kat kampus, Cik Limau biasanya akan order air suam je.. Jarang sgt cik Limau order minuman berais sebab cik Limau ni kuat berpantang. Selesema sikit terus minum air suam, batuk sikit terus mintak air suam.. sampai kawan2 cik Limau tabik spring2 kat cik Limau yang berpantang minum ais ni.. huhu.. Mesti abang yang jual air tu pun naik menyampah kot kt Cik Limau sebab ari2 dapat air suam free... haha! 

Cik Limau hanya akan order minuman yang berais kalau lepak dengan kawan2 kat luar... Tak bes r kan order air suam je kat shopping mall.. Kat gerai2 biase tak pe la jugak.. bukan ape, nanti orang pandang +senyum sinis+kutuk.. 3 dlm 1... spoil mood...

Antara kebaikan jus buah-buahan :

-------> rasa dia sedap dan memikat
-------> ramai tak suka makan buah tapi suka minum jus buah
-------> sangat berkhasiat dan membekalkan fiber pada tubuh
-------> mencantikkan kulit wajah dan badan
-------> rasa segar dan selesa
-------> kesihatan luaran dan dalaman



Cik Limau nk share beberapa 'benefits' yang anda dapat bila minum : 

Jus epal
Jus buah epal mengandungi banyak vitamin seperti A, B dan C serta lain2 khasiat seperti zat besi, kalsium, magnesium, fosfur dan sodium. Ia mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan yang dapat melambatkan proses penuaan. Khasiat lain jus epal ni ia ade kandungan serat yang tinggi yang dapat membantu mengawal berat badan anda.

Jus anggur
Jus anggur pun adalah jus yang sangat baik untuk kesihatan. Ia banyak mengandungi potassium dan gula baik. Ia bagus untuk sistem saraf dan digalakkan minum jus ni kalau anda sedang keletihan. Ia dapat kurangkan tahap kolesterol dan tekanan penyakit jantung. Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, vitamin A, B1 dan B2, serta kalori yang rendah. 

Jus delima
Ia kaya dengan zat sodium, riboflavin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lemah tenaga batin, kanser prostat dan kanser payudara dan melambatkan proses penuaan. Selain itu, jus delima gak dapat kurangkan berat badan, kurangkan risiko penyakit kencing manis, mengurangkan batuk dan asthma, menstabilkan pasas kolesterol serta merendahkan tekanan darah anda.

Jus Oren
Buah oren digunakan sebagai minuman lazim masa sarapan dan ia membantu untuk mengatasi masalah batu karang. Ia mengandungi sumber vitamin C yang tinggi, menjaga daya tahan tubuh, menghalang penyakit influenza, sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan, menurunkan risiko penyakit kronik seperti kardiovaskular dan kanser, mencantikkan kulit, memperkuat sel-sel kulit dan membantu menyembuhkan anemia.

Jus tomato 
Jus tomato memberi metabolisma pada tubuh dan membantu kurangkan risiko datangnye kanser. Ia sangat baik untuk wanita mengandung dan yang menyusukan baby dengan susu ibu. Sangat sesuai diminum setengah jam or satu jam sebelum makan sebab ia membantu sistem penghadaman. 

Jus tembikai
Jus tembikai sangat baik untuk penyembuhkan sakit kepala, masalah kulit dan penyakit paru-paru. Ia membekalkan tenaga dan memulihkan sistem tubuh kita yang lemah. Selain itu, ia membantu menyembuhkan penyakit dan menghapuskan toksik dalam badan dan melancarkan pengaliran darah. Ia juga dapat mencegah penyakit kanser, merendahkan tekanan darah dan mengalang kolesterol dari melekat di bahagian pembuluh darah.

Jus lobak merah
Jus lobak merah kaya dengan beta karotena, vitamin C dan B, kalsium serta petasium. Ia sangat baik untuk menguatkan sistem pertahanan dalam badan kita serta dapat tingkatkan pertumbuhan sel2 baru. Selain tu, jus lobak merah gak baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dengan memberi lembapan pada kulit kita dan mencantikkan rambut dan kuku, ia bertindak membuang toksik dalam badan serta menghalang pertumbuhan kanser, melancarkan aliran haid dan mencegah batu karang.

Cik Limau nk pesan ni, kalau berkesempatan, buat la sendiri jus buah-buahan anda sebab :
~ lebih segar
~ tak de gula tambahan
~ 100% rasa jus sebenar 
~ tiada pewarna dan air yang ditambah
~ tak de bahan penahan utk tahan lama

Tapi bagi yang tak de masa tu atau yang malas ke.. hehe.. boleh la beli kat pasaran kan... Banyak gak jenama jus buah-buahan yang korang boleh nikmati.. Tadaaaa... tengok kat bawah tu.. yummy!



meh pilih jus faveret korang
Antara resipi untuk anda cuba :


Jus tembikai + nenas + strawberry
bahan-bahan :
2 potong tembikai merah, 2 potong nenas, 4 biji strawberi dan yogurt buah-buahan
cara-cara :
Amik buah dalam peti (lagi sejuk lagi sedap tapi jgn sampai beku). Blend semua buah secara berasingan k... Selang selikan jus tu dalam gelas. Mula-mula jus tembikai diikuti nenas dan atas sekali jus strawberi. Letak sesudu yogurt buah-buahan kesukaan korang. Siap! 


Jus Mangga
bahan-bahan :
2 -3 biji mangga masak dipotong, 1 gelas air suam, 2 sudu madu dan 1 sudu perahan limau nipis or limau kasturi  yang comel (^_^)
cara-cara:
semua bahan tu kita blender. Masukkan dalam cawan. Siap!


Minuman yogurt oren
bahan-bahan :
3 sudu natural yogurt, 3 biji oren  dan ketulan ais
cara-cara :
blend yogurt dan oren. Masukkan dalam cawan dan last sekali masukkan ketulan ais. Siap!


Jus buah-buahan tropikal
bahan-bahan :
1 cawan jus mangga, 5 sudu besar buah laici dan sedikit nenas dalam tin, setengah cawan jus oren serta ketulan ais
cara-cara :
masukkan semua bahan dalam blender dan blend. Curah dalam cawan, hiaskan dengan nenas potong dan siap!


sangat sedap! my faveret <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...