Siapa yang tak gilakan kasut kan?? wink2... Cik Limau pun suke sgt gi kedai kasut.. Macam2 cik Limau try, last2 tak beli pun.. Mesti saleswomen tu geram je kan.. hehe... Actually, cik Limau nk cakap pasal kasut, selipar or apa2 je yang kita pakai kat kaki ni... Biasanya orang perempuan memg gilakan kasut tak kisah la dia beli ke tak, sepasang atau sepuluh kan.. Setengah wanita terutama yang bekerjaya, mesti ada paling kurang pun satu rak kasut pelbagai jenis dan warna. Sebenarnya kasut ni amat lah penting pada kita, tak cantik lah bila berkaki ayam ke pejabat atau ke gelanggang futsal kan.. hehe..
Sebenarnya ada pelbagai-bagai jenis kasut yang wanita boleh gayakan, antaranya :
1) heels
2) wedges
3) dinner shoes
4) flats
5) sandals
6) slippers
7) sport shoes
8) boots
9) sneakers
10) oxfords
pelbagai jenis warna untuk digayakan |
Banyak jugak lah kan kasut untuk wanita ni kan... tu baru skit cik Limau senaraikan adalah sepuluh jenis.. Kasut tidak harus dilihat sebagai alat untuk kelihatan cantik dan penuh glamor semata-mata, tapi apa yang penting adalah fungsi kasut tu sendiri mengikut kesesuaiannya.
Memang tak menarik lah pergi majlis dengan hanya memakai selipar atau ke padang dengan memakai wedges.Tak sesuai langsung!!!
Sesetengah wanita yang terlalu ghairah dengan kasut tumit tinggi (high heels) pula memang ada banyak stok kasut mcm ni kat rumah, mana taknye, design kasut dari Christian Louboutin, Jimmy Choo dan Giuseppe Zanotti memang awesome kan.. tak percaya cuba tanya kawan2 anda, siap ade katalog lagi untuk belian stock bulan depan.. hehe...
Oklah itu terpulang pada citarasa masing-masing yang penting jangan sampai membuatkan tubuh badan anda merana kerana high heels ni ada kebaikan dan keburukannya. Meh kita check apa dia...
Wanita akan kelihatan menarik bila memakai heels |
Kebaikan :
Nampak lebih tinggi
Pakai heels ni membuatkan wanita nampak lebih tinggi.. of cos la takkan makin pendek kot.. hehe.. Ia mungkin akan membuatkan anda kelihatan lebih tinggi 5-6 inci. Dari jauh da bole nampak kawan2 anda kan.. Heels ni membantu wanita yang memang mahu kelihatan lebih tinggi sebab dorang rase lebih menarik.. hehee..
Ada style
Dengan pemakaian kasut bertumit tinggi, seseorang wanita tu akan nampak ade style! Dorang akan kelihatan lebih seksi dan menarik bila pakai heels, cara berjalan anda pun akan berubah kan.. nampak lebih sopan gitu berbanding bila pakai selipar.. tak caya, try la...
Postur badan yang baik
Tau tak, bila pakai heels ni, postor badan kita akan berubah berbanding bila pakai selipar yang flat tu. Wanita juga akan nampak lebih berkeyakinan bila dia berjalan.. mcm ala-ala model katakan.. Pape pun, try2 la pakai kat umah dulu bagi yang tak biasa pakai, silap2 ari bulan jatuh lak kan da malu..
Kaki nampak lebih menarik
Haaa... biase la bila da pakai heels ni, memg kaki nampak panjang dan berbentuk kan..Bagi wanita yang minat pakai skirts tu nampak kaki dia lebih gorgeous la katakan.
Aksesori tambahan pada pakaian
Heels ni membuatkan pakaian yang kita pakai tu lebih menarik sebab biasenya kita akan gayakan heels mengikut warna baju kan, heels juga nampak sangat sesuai dengan pakaian corporate manakala heels yang kita pakai bersama jeans akan menampakkan kita lebih cool. Kalau nak sorokkan heels kita, pakailah skirt labuh atau kain supaya orang benar2 sangka kita adalah tinggi.. =)
Bagaimanapun, pemakaian high heels juga boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan. Kajian daripada Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang pakai heels sekurang-kuranya 3 cm akan meningkatkan tekanan pada lutut hingga 26%. Ia akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis.
kesakitan yang dialami akibat memakai heels |
Kaki berasa sakit
Kebanyakan wanita akan rasa sakit kaki bila pakai heels sebab keseluruhan tubuh badan kita memberi tekanan pada kaki (sebab kaki yang berjalan kan..) Jika perkara ini berlarutan untuk tempoh masa yang lama, cik Limau sarankan supaya stop pakai heels.
Sukar untuk berjalan
Kebanyakan wanita sukar nak berjalan bila dah pakai heels, nak berlari apatah lagi kan. Berjalan atau berdiri terlalu lama dengan memakai heels akan mendatangkan kesakitan. Cara berjalan juga akan nampak buruk (sebab da terlalu penat). Ia juga akan membuatkan anda hilang imbangan badan dan boleh jatuh ketika berjalan.
Sakit belakang
Memakai heels membuatkan seluruh tekanan pada tubuh jatuh di tempat paling bawah (kaki). Tekanan ini menyebabkan sakit belakang. Walau bagaimanapun dengan cara jalan yang betul, latihan dan yoga membantu anda untuk mengatasi masalah sakit belakang yang disebabkan oleh pemakaian kasut bertumit tinggi.
Tumit menjadi keras dan kasar
Tekanan yang berterusan pada kaki akan menyebabkan ia akan menjadi keras dan kasar. Untuk mengatasi masalah ni, urutan lembut pada kaki dan tumit amat membantu. Gunalah minyak, krim atau losyen rawatan kaki.
Kaki terseliuh
Kebanyakan kaki terseliuh adalah disebabkan pemakaian kasut bertubit tinggi.Cik Limau pun pernah terseliuh gak taw.. sakit wooo... huhu.... untuk elakkan daripada terseliuh, berjalanlah dengan perlahan dan berhati-hati ketika mengenakan kasut ni. Kalau yang berjalan kaki gi kelas mcm Cik Limau ni (dari rumah sewa ke stesen bas).. lupakanlah hasratmu.. huhu... Kita bergaya time ade majlis je k...
Ramai gak wanita yang sanggup pakai heels walaupun kaki da sakit, atas alasan nampak elegant, dan high class.. Alolo cik kak... Jangan disebabkan kasut anda merana dan tersiksa k...
Cik Limau mau pesan:
1) pilih heels yang sesuai dengan bentuk kaki anda
2) kurangkan memakai heels hanya 3-4 jam sehari k
3) ambillah masa untuk membuat urutan pada kaki dan tumit
4) pakai heels yang 1-2 inci saja jika anda memang suka memakai heels
5) latihan cara berjalan yang betul dan yoga dapat kurangkan rasa sakit sakit
6) standby flat shoes dlm kereta dan bila nk berjalan jauh leh tukar pakai selipar k
Untuk info yang lebih tepat mengenai kasut bertumit tinggi, sila click link ni k.
No comments:
Post a Comment