hai.. hai... Selamat petang Jumaat dan bagi yg lelaki jgn lupe bersiap2 la untuk ke masjid menunaikan kewajipan anda okie... Jika sebelum ni cik Limau cakap pasal makanan fiber dan breakfast yang sihat.. Kali ni I wanna share...jeng...jeng...jeng.... Diet sihat!! Oyehh... Cik Limau yg comel dan makin montel ni pun tengah try r ni untuk sentiasa ikut this tip gak la walau kadang2 sume benda cik Limau telan.. (tolak batu,kayu n those thing yg haram2 n subhah ok)....
Since skrang memg orang akan "scary" bila sebut pasal diet n berat... ek??? Huhu.. series..cik Limau pun sama n paling cik Limau tak boleh blah bile orang tanye "korang selesa ke dengan berat badan korang sekarang ni??" Memang rase nk 'pengsan' wa cakap lu.... huhuhu..
Okielah untuk tidak membosankan anda bace entri yg panjang dan merepek2 ni... Jom kita kupas isu ini... hohoho....
donut lagi sedap ok! |
"Diet" tu bukan bermakna anda tak perlu makan itu dan ini, tetapi anda akan sihat bile anda mengelak dari makan macam2 benda yang tidak sihat... Bila kita cakap, "taknak lah, aku tengah diet ni" n then kita tak makan langsung nasi or whatever karbodirat oleh sebab bagi kita "that is a worst thing i ever had"... Soooo wrong!! Even though kita tak makan nasi, tapi kita kena gak ambil sikit karbohidrat mcm dalam oat, bijirin or makan sekeping roti.. =)
Diet bukanlah bermakna kita tak perlu makan semua yang menggemukkan tu.. tapi diet tu adalah amalan pemakanan kita yg sihat yg dapat kekalkan kecantikan dalaman dan luaran (bukan luaran semata2).. Tak makan tu tanda anda sememangnya tidak sihat!! hehe... Nanti google la piramid makanan k.. Sape kata diet yang sihat tu tak perlu ambil susu, roti dan telur?? Salah tu!
Bila kita amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, badan akan terasa ringan, wat kerja pun rase cergas je... y? huhu.. soalan bijak.. Sebab, badan kita mendapat cukup nutrien yang diperlukan badan untuk berfungsi dan menjalankan aktiviti seharian kita.
Diet seimbang ni penting supaya badan kita dapat proses segala tok nenek nutrisi yg kita dapat time makan yang memberikan kesihatan berpanjangan pada tubuh dan otak kita taw. Jadi, jangan sebab kita nk berdiet, kita tak makan langsung makanan yang bagi kita vitamin dan tenaga untuk kesihatan... Sebab tu bile kita tengok sesetengah orang yg berdiet secara tak sihat tu.. Muka dia nampak pucat dan tak bermaya... (mcm org tak cukup mkn).. huhu..
Tips diet sihat by cik Limau :
~ jangan skip breakfast
~ makan makanan tinggi serat
~ minum air masak banyak2
~ kurangkan makan or minum benda2 yang manis dan berais
~ pilih menu makanan yang seimbang --->seimbang ok! bukan tak mkn lgsung..
~ banyakkan makan buah-buahan dan sayuran
~ elakkan makan makanan ringan / snack (banyak MSG taw)
~ kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak (makan yg rebus2 lbh bgs)
~ tido dan rehat yang cukup
~ lakukan senaman ringan yang berterusan (main badminton pun ok)
Cukuplah sepuluh saja cik Limau senaraikan, banyak lagi sebenarnya tapi anda bole lah cari kat mane2 website untuk lebih tips dan info.. Ape-ape pun, kalau nk diet, ape yang paling penting adalah "disiplin"... Susah sebenarnya nak bentuk disiplin dalam diri, nak2 lak kalau time jalan2 kat shopping mall, confirm terbau je "kfc, dunkin' donut, auntie anne's, rotiboy dan banyak lagi yang berbau harum dan mengetuk hidung anda sambil berkata "jemput la masuk" yang pasti menggoncang disiplin anda untuk berdiet... huhuhuhu....
bau dia sangat mengancam kan.. |
No comments:
Post a Comment