Tuesday, January 31, 2012

Kesan Pemakaian Produk Kosmetik


wanita sanggup lakukan apa saja untuk kelihatan cantik



Wanita memang tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Cik Limau akui, cik Limau pun selalu jengok2 blok atau laman web yang memaparkan produk2 kecantikan.. hehe.. 

Syok sebenarnya bila kita dapat membelai kulit dan wajah, kalau ada spa kat rumah, lagi syok kan.... Tak perlu susah2 nak pergi spa yang jauh dari rumah dan bazirkan duit je kan2... Sekarang yang pasti, sauna da bole dibuat di rumah je (betul ke?) ni yang cik Limau suka ni.. hehe.

Okie lah... berbalik pada tajuk hangat kita ni... kesan pemakaian produk kosmetik boleh membahayakan kesihatan kerana sesetengah dan kebanyakan produk kosmetik ni mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan mendatangkan mudarat pada kulit dan wajah kita malah ada juga yang beracun... jeng...jeng...jeng...





1 - Hydroquinone




Sesetengah bahan kimia yang mengandungi Hydroquinone boleh menyebabkan kerosakan pada kulit muka. Ia biasa diguakan untuk proses mencuci gambar yang diadun secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai ejen pemutih kulit.. Check label pada botol kosmetik anda sekarang! Ada bahan kimia Hydroquinone tak?? 


Bahan kimia ini juga boleh menyebabkan sakit sawan, kulit wajah menjadi hitam, koma, mual dan kanser sulit yang serius. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan berasa terbakar, masalah ginjal, kanser darah an kanser sel hati.. 

2 - Mercuri

Biasanya digunakan dalam produk pemutih. Antara kesannya ialah berlakunya iritasi dan alergi pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah, dan kanser.

3 - Tretinoin / Retinoic acid

Bahan kimia tretinoin juga digunakan dalam produk rawatan kecantikan yang berbentuk krim atau losyen khas untuk merawat jerawat... Alamakkk.... ni yang cik Limau takutkan ni.... huhu... Tretinoin juga akan mengakibatkan kulit berasa kering dan terbakar dan menyebabkan kerosakan pada janin. huhu... seram sgt..

Kimia tretinoin mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit mengelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya Ultra-violet. Ia mungkin boleh mencacatkan wajah... soooo scary!!!....

4 - Sodium Laureth Sulfate

Produk ni memang banyak ada dalam produk2 syampu, sabun, dan pencuci.. Ia boleh membuat banyak buih tapi sebenarnya buih-buih ni tak brape bagus sebab ia boleh mengeringkan kulit. Bahan ni boleh menyebabkan alergi, asma, sakit kepala, sendi, pening2, sakit mata dan lain-lain.. sangat bahaya kan. tapi cane nak elak, dalam sabun pun ade.. huhu..



5 - Rhodamin


Bahan ni boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati..

6 - Paraben

Bahan ni banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan kanser payudara. 

7 - Propylene Glycol

Bahan ni pun banyak didapati dalam kosmetik dan pencuci muka... scary kan. Bahan ni boleh menyebabkan kesan kemerahan pada kulit, kerosakan ginjal dan hati.



8 - Isopropyl alcohol

Alcohol ni biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk. Bahan ni boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penuaan.



9 - DEA, TEA, MEA

DEA (Diethanolamine), TEA (Triethanolamine) dan MEA (Monoethanolamine) b
oleh menyebabkan kanser ginjal dan hati untuk jangka masa panjang.


10 - Minyak mineral

Minyak ini akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Ia boleh mengakibatkan jerawat.



11 - Polyethyene Glycol (PEG)

Menyebabkan kelembapan kulit terganggu, penuaan dan bakteria.

***
Oleh itu cik Limau harap kepada semua pengguna tak kira lelaki atau wanita supaya berhenti menggunakan sesuatu produk bila ade rasa iritasi atau keradangan pada kulit yang kemerahan setelah pakai produk tu k.. Lagi satu, check dulu label yang ada pada sesuatu produk dan pastikan bahan-bahan kat atas tu tak ada... gunalah bahan yang semulajadi dan selamat =)






2 comments:

  1. Adui takutnya kesan-kesan nie.. itulah bahan kimia buatan ni memang ada faedah dan ada pula risikonya.. Sama2 kita jadi pengguna yang bijak insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...