Monday, February 13, 2012

Kek baldu merah =)

Assalamualaikum... ahlan... Semalam cik Limau tido awal sebab penat berkungfu buat kek baldu merah yg skrang tgh femes kat pasaran atau orang panggil Red Velvet Cake..

Baiklah, tak nak buang masa yg sedia terbuang ni.. ni dia bahan2 Kek Baldu Merah versi Cik Limau.. Hehehe.. Jom kita tengok..

ni lah bahan-bahan yang cik Limau gunakan
untuk buat kek baldu merah


resepi cik limau google je.. hihi.. tak lah lama nk sattlekan kek ni..bila da siap semua bancuhan, ambil masa 30 minit lebih utk bg kek masak.. then siap!


cream cheese ^_^

Ni je yang termampu cik Limau buat..

Done!

Assalamualaikum...

Saturday, February 4, 2012

warna-warna kehidupan~

Hai! =)

Morning everyone... Cerianya hari ni mesti sebab mimpi indah malam tadi kan.. haha... Orang kata pagi2 kena bangun tengok daun2 pokok atau ape2 lah yang warna hijau... sebab ia akan refresh kita setelah tidur yang panjang... betul ke? hehe.. tapi dengan melihat warna2 hijau yang sejuk tu, boleh wat kte rase segar kan...

Entri kali ni kita bermain dengan warna ok.. Bukan senang taw cik Limau nak berseni kat sini.. hehe.. Warna sangat mempengaruhi kehidupan kita malah ia boleh membuatkan mood kita ilang disebabkan warna2 yang tidak disukai.. (cayelahh)..

pelbagai jenis warna yang mempengaruhi mood kita

Kat sini cik Limau nk kongsikan sikit, rahsia warna pada mood anda :

Putih ---> warna suci sangat.. hehe... Selain tu putih adalah warna kemurnian dan melambangkan kebersihan seperti yang pengantin, doktor dan nurse pakai. Putih sesuai dipakai masa musim2 panas kerana ia membantu menjadikan anda lebih sejuk. Putih melambangkan kemurnian, perlindungan, nyaman dan ketenteraman. Namun, kalau guna terlalu banyak warna putih, ia akan timbulkan perasaan yang dingin dan kaku. 
Info menarik : Warna putih dapat membantu meredakan rasa sakit. Sebab tu hospital warna putih je kan.. hehe.. Namun kalau terlalu banyak warna putih digunakan, ia akan memberikan rasa sakit kepala dan keletihan pada mata kerana cahaya yang dipantulkan.

Biru ---> biru nampak lebih tenang, santai dan ia sesuai untuk warna bilik tidur. Ia merupakan elemen air dan udara, melambangkan keharmonian dan rasa lapang. Ia melahirkan perasaan sejuk, tenteram, damai dan perlindungan. Tapi kalau digunakan terlalu banyak, warna biru dapat timbulkan kelesuan. 
Info menarik : Warna biru membantu meningkatkan nafsu makan, melambatkan denyutan nadi dan suhu badan lebih rendah. Ia diyakini mengatasi insomnia, masalah sakit tekak, tekanan darah tinggi, migrain dan kerengsaan kulit.

Hijau ---> Hijau adalah warna yang tenang dan bersifat santai. Ia dikaitan dengan alam yang menyegarkan dan membangkitkan tenaga serta memberi kesan yang menenangkan, menyejukkan dan mengimbangi emosi anda. Warna ni sangat elegan, mempunyai sifat menyembuh dan mendorong perasaan empati pada orang lain. Namun, hijau juga boleh timbulkan perasaan terkongkong.
Info menarik : Hijau membantu orang yang sering merasa tegang dan ia membantu meningkatkan kemampuan membaca pelajar serta memberi kesan rehat pada anda.

Merah jambu ---> My faveret!! Merah jambu atau pink merupakan warna yang sangat lembut, that's y ramai ibu bapa yang gunakan warna pink untuk hiasan bilik anak2 gadis mereka. Ia merupakan warna yang memberi aura kehangatan, emosi, lembut dan menenangkan.
Info menarik : Ia melambangkan kasih sayang, perasaan cinta dan kebudak-budakkan.. hehe~

Kuning ---> Warna kuning adalah warna cahaya matahari, cerah, membangkitkan tenaga dan mood anda. Ia mempunyai aura bersifat gembira dan menaikkan semangat. Ia juga merangsang kemampuan intelektual dan memudahkan kita untuk berfikir, mendorong ekspresi diri dan memberi inspirasi. Sangat sesuai digunakan di ruang belajar dan bilik bacaan. Namun, kadang2 penggunaan warna kuning yang kurang tepat akan timbulkan sifat penakut dan juga kesedihan.
Info menarik : Warna kuning merangsang fungsi tubuh seperti aliran hempedu dan hati. Ia merangsang otak dan membuatkan kita lebih berwaspada dan tegas. 

Merah ---> Warna merah dapat membangkitkan tenaga, bersifat hangat, aktif, optimis dan semangat. Ia memberi kesan sensual dan mewah serta sering menarik perhatian. (merahnya mak ngah!) Merah membangkitkan emosi dan mencipta perasaan gembira. Namun, ia juga dianggap sebagai warna yang melambangkan kemarahan dan agresif. 
Info menarik : Warna merah dapat meningkatkan aliran darah, merangsang saraf, kelenjar endokrin dan deria, meningkatkan tenaga fizikal dan mengukuhkan motivasi diri.


Oren ---> Oren adalah gabungan warna merah dan juga kuning. Ia mempunyai simbol kehangatan dan keselesaan. Oren dapat merangsang intelektual yang memberi rasa hangat, bertenaga dan sihat. Ia juga mempunyai ciri-ciri warna merah yang bersifat hangat namun lebih bersifat feminin. Oren dapat membangkit semangat dan kreatif, penuh tenaga, positif dan happy. Namun, jika digunakan berlebihan, ia akan merangsang sikap yang hiperaktif.
Info menarik : Warna oren dikatakan bermanfaat untuk buah pinggan, saluran kencing, meningkatkan metabolisma, memperkuat paru-paru, limpa dan pankreas. Ia juga dapat kurangkan perasaan tertekan.

Ungu ---> Warna ungu melambangkan simbol spiritual, kekayaan, kemewahan serta kecanggihan. Ia juga dikatakan bersifat misteri dan mampu menarik perhatian. Jadi ia banyak digunakan oleh kaum bangsawan dan orang ternama. Ia bersifat sensual, feminin, anggun dan hangat. Warna ungu gelap pula dapat menambah kekuatan imaginasi, fantasi, kreatif dan memberi inspirasi kepada anda. Ia membawa perasaan damai dan saling memahami.
Info menarik : Warna ungu membantu tidur anda menjadi lena, ia menghalang perkembangan tumor dan nafsu makan tidak terkawal.

Coklat ---> Warna coklat melambangkan kesederhanaan dan boleh dipercayai. Ia sangat ideal dipakai ke pejabat. Ia adalah warna natural, hangat dan warna bumi. Ia membuatkan anda rasa nyaman, anggun dan elegan. Namun jika digunakan terlalu banyak, ia kelihatan berat dan kaku.
Info menarik : Ia memberi keyakinan dan rasa aman serta menenangkan. Chocolate pun bewarna coklat kan.. hehehe~

Hitam ---> Hitam ni warna yang menyerap cahaya dan paling bergaya. Hitam mempunyai pengaruh yang kuat dan penuh percaya pada diri, bersifat maskulin, elegan, mewah dan misteri. Tapi hitan juga dikatakan melambangkan dukcita dan tertekan.
Info merarik : Warna hitam gemar dan sering diabadikan dalam dunia fesyen seperti pakaian, suit, kasut, topi, tali pinggang dan beg tangan.  

Menarik kan... Cik Limau pun suke warna-warna ni selain pink, cik Limau suka warna ungu, biru dan hitam.. hehehe.. Pakailah pakaian yang mempunyai warna-warna yang sesuai untuk anda ke bilik kuliah mahupun ke pejabat supaya anda nampak lebih yakin, bertenaga dan tenang =)
sweet sangat!

oren pun bewarna warni.. hehe.. Cik Limau suke!

Friday, February 3, 2012

Jus buah!! My feveret tawww..

Assalamualaikum selamat petang korang =)

Hari ni terajin nak post something alang2 pos laju hon kuat2 tadi depan umah sebab delivery my feveret novel sampai 3 buah cik Limau order.. huhuhu... Tak saba nak baca jap lagi.. Tapi hari pun da petang, mata da makin layu rase nk tido je time ni. Jap lagi mesti my mom panggil minum petang.. Bila cakap pasal minuman ni... Tiap2 petang ade milo untuk kami n tea untuk abah.. Memang badan cik Limau penuh dengan kalsium kerana minum susu je kejenye tapi susu tepung tanpa gula ok... =)

Da alang2 bersembang pasal minuman ni, biasanya kalau pergi makan kat luar, minuman ape yang korang selalu order??? wink2... Mesti milo ais, neslo ais, carrot susu, tembikai laici, fresh oren, sirap bandung, teh limau ais dan...dan...banyak lagi lah... Haaa... setiap kali pergi mimum2 ngan kawan-kawan kan, cik Limau akan pesan :


 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 V

AIR SUAM
LEMON ICE TEA
LIMAU SUAM
MILO ICE TABUR
TEMBIKAI LAICI
JUS EPAL ASAM BOI
JUS JAMBU
N LAIN2 MINUMAN JUS BUAH

so yummy :)
Huhuhu.... amacam same tak?? Same je kan kita. Sape yang tak gilakan jus buah-buahan.. Rasa dia sedap kot.. Rugi lah kepada mereka dan sahabat-sahabat mereka yang tidak sukakan jus buah.. Kalau kat kampus, Cik Limau biasanya akan order air suam je.. Jarang sgt cik Limau order minuman berais sebab cik Limau ni kuat berpantang. Selesema sikit terus minum air suam, batuk sikit terus mintak air suam.. sampai kawan2 cik Limau tabik spring2 kat cik Limau yang berpantang minum ais ni.. huhu.. Mesti abang yang jual air tu pun naik menyampah kot kt Cik Limau sebab ari2 dapat air suam free... haha! 

Cik Limau hanya akan order minuman yang berais kalau lepak dengan kawan2 kat luar... Tak bes r kan order air suam je kat shopping mall.. Kat gerai2 biase tak pe la jugak.. bukan ape, nanti orang pandang +senyum sinis+kutuk.. 3 dlm 1... spoil mood...

Antara kebaikan jus buah-buahan :

-------> rasa dia sedap dan memikat
-------> ramai tak suka makan buah tapi suka minum jus buah
-------> sangat berkhasiat dan membekalkan fiber pada tubuh
-------> mencantikkan kulit wajah dan badan
-------> rasa segar dan selesa
-------> kesihatan luaran dan dalaman



Cik Limau nk share beberapa 'benefits' yang anda dapat bila minum : 

Jus epal
Jus buah epal mengandungi banyak vitamin seperti A, B dan C serta lain2 khasiat seperti zat besi, kalsium, magnesium, fosfur dan sodium. Ia mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan yang dapat melambatkan proses penuaan. Khasiat lain jus epal ni ia ade kandungan serat yang tinggi yang dapat membantu mengawal berat badan anda.

Jus anggur
Jus anggur pun adalah jus yang sangat baik untuk kesihatan. Ia banyak mengandungi potassium dan gula baik. Ia bagus untuk sistem saraf dan digalakkan minum jus ni kalau anda sedang keletihan. Ia dapat kurangkan tahap kolesterol dan tekanan penyakit jantung. Ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, vitamin A, B1 dan B2, serta kalori yang rendah. 

Jus delima
Ia kaya dengan zat sodium, riboflavin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lemah tenaga batin, kanser prostat dan kanser payudara dan melambatkan proses penuaan. Selain itu, jus delima gak dapat kurangkan berat badan, kurangkan risiko penyakit kencing manis, mengurangkan batuk dan asthma, menstabilkan pasas kolesterol serta merendahkan tekanan darah anda.

Jus Oren
Buah oren digunakan sebagai minuman lazim masa sarapan dan ia membantu untuk mengatasi masalah batu karang. Ia mengandungi sumber vitamin C yang tinggi, menjaga daya tahan tubuh, menghalang penyakit influenza, sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan, menurunkan risiko penyakit kronik seperti kardiovaskular dan kanser, mencantikkan kulit, memperkuat sel-sel kulit dan membantu menyembuhkan anemia.

Jus tomato 
Jus tomato memberi metabolisma pada tubuh dan membantu kurangkan risiko datangnye kanser. Ia sangat baik untuk wanita mengandung dan yang menyusukan baby dengan susu ibu. Sangat sesuai diminum setengah jam or satu jam sebelum makan sebab ia membantu sistem penghadaman. 

Jus tembikai
Jus tembikai sangat baik untuk penyembuhkan sakit kepala, masalah kulit dan penyakit paru-paru. Ia membekalkan tenaga dan memulihkan sistem tubuh kita yang lemah. Selain itu, ia membantu menyembuhkan penyakit dan menghapuskan toksik dalam badan dan melancarkan pengaliran darah. Ia juga dapat mencegah penyakit kanser, merendahkan tekanan darah dan mengalang kolesterol dari melekat di bahagian pembuluh darah.

Jus lobak merah
Jus lobak merah kaya dengan beta karotena, vitamin C dan B, kalsium serta petasium. Ia sangat baik untuk menguatkan sistem pertahanan dalam badan kita serta dapat tingkatkan pertumbuhan sel2 baru. Selain tu, jus lobak merah gak baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dengan memberi lembapan pada kulit kita dan mencantikkan rambut dan kuku, ia bertindak membuang toksik dalam badan serta menghalang pertumbuhan kanser, melancarkan aliran haid dan mencegah batu karang.

Cik Limau nk pesan ni, kalau berkesempatan, buat la sendiri jus buah-buahan anda sebab :
~ lebih segar
~ tak de gula tambahan
~ 100% rasa jus sebenar 
~ tiada pewarna dan air yang ditambah
~ tak de bahan penahan utk tahan lama

Tapi bagi yang tak de masa tu atau yang malas ke.. hehe.. boleh la beli kat pasaran kan... Banyak gak jenama jus buah-buahan yang korang boleh nikmati.. Tadaaaa... tengok kat bawah tu.. yummy!



meh pilih jus faveret korang
Antara resipi untuk anda cuba :


Jus tembikai + nenas + strawberry
bahan-bahan :
2 potong tembikai merah, 2 potong nenas, 4 biji strawberi dan yogurt buah-buahan
cara-cara :
Amik buah dalam peti (lagi sejuk lagi sedap tapi jgn sampai beku). Blend semua buah secara berasingan k... Selang selikan jus tu dalam gelas. Mula-mula jus tembikai diikuti nenas dan atas sekali jus strawberi. Letak sesudu yogurt buah-buahan kesukaan korang. Siap! 


Jus Mangga
bahan-bahan :
2 -3 biji mangga masak dipotong, 1 gelas air suam, 2 sudu madu dan 1 sudu perahan limau nipis or limau kasturi  yang comel (^_^)
cara-cara:
semua bahan tu kita blender. Masukkan dalam cawan. Siap!


Minuman yogurt oren
bahan-bahan :
3 sudu natural yogurt, 3 biji oren  dan ketulan ais
cara-cara :
blend yogurt dan oren. Masukkan dalam cawan dan last sekali masukkan ketulan ais. Siap!


Jus buah-buahan tropikal
bahan-bahan :
1 cawan jus mangga, 5 sudu besar buah laici dan sedikit nenas dalam tin, setengah cawan jus oren serta ketulan ais
cara-cara :
masukkan semua bahan dalam blender dan blend. Curah dalam cawan, hiaskan dengan nenas potong dan siap!


sangat sedap! my faveret <3

DIET..??

hai.. hai... Selamat petang Jumaat dan bagi yg lelaki jgn lupe bersiap2 la untuk ke masjid menunaikan kewajipan anda okie... Jika sebelum ni cik Limau cakap pasal makanan fiber dan breakfast yang sihat.. Kali ni I wanna share...jeng...jeng...jeng.... Diet sihat!! Oyehh... Cik Limau yg comel dan makin montel ni pun tengah try r ni untuk sentiasa ikut this tip gak la walau kadang2 sume benda cik Limau telan.. (tolak batu,kayu n those thing yg haram2 n subhah ok)....

Since skrang memg orang akan "scary" bila sebut pasal diet n berat... ek??? Huhu.. series..cik Limau pun sama n paling cik Limau tak boleh blah bile orang tanye "korang selesa ke dengan berat badan korang sekarang ni??" Memang rase nk 'pengsan' wa cakap lu.... huhuhu..

Okielah untuk tidak membosankan anda bace entri yg panjang dan merepek2 ni... Jom kita kupas isu ini... hohoho....

donut lagi sedap ok!

"Diet" tu bukan bermakna anda tak perlu makan itu dan ini, tetapi anda akan sihat bile anda mengelak dari makan macam2 benda yang tidak sihat... Bila kita cakap, "taknak lah, aku tengah diet ni" n then kita tak makan langsung nasi or whatever karbodirat oleh sebab bagi kita "that is a worst thing i ever had"... Soooo wrong!! Even though kita tak makan nasi, tapi kita kena gak ambil sikit karbohidrat mcm dalam oat, bijirin or makan sekeping roti.. =)

Diet bukanlah bermakna kita tak perlu makan semua yang menggemukkan tu.. tapi diet tu adalah amalan pemakanan kita yg sihat yg dapat kekalkan kecantikan dalaman dan luaran (bukan luaran semata2).. Tak makan tu tanda anda sememangnya tidak sihat!! hehe... Nanti google la piramid makanan k.. Sape kata diet yang sihat tu tak perlu ambil susu, roti dan telur?? Salah tu!

Bila kita amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, badan akan terasa ringan, wat kerja pun rase cergas je... y? huhu.. soalan bijak.. Sebab, badan kita mendapat cukup nutrien yang diperlukan badan untuk berfungsi dan menjalankan aktiviti seharian kita.

Diet seimbang ni penting supaya badan kita dapat proses segala tok nenek nutrisi yg kita dapat time makan yang memberikan kesihatan berpanjangan pada tubuh dan otak kita taw. Jadi, jangan sebab kita nk berdiet, kita tak makan langsung makanan yang bagi kita vitamin dan tenaga untuk kesihatan... Sebab tu bile kita tengok sesetengah orang yg berdiet secara tak sihat tu.. Muka dia nampak pucat dan tak bermaya... (mcm org tak cukup mkn).. huhu..

Tips diet sihat by cik Limau :

~ jangan skip breakfast
~ makan makanan tinggi serat 
~ minum air masak banyak2
~ kurangkan makan or minum benda2 yang manis dan berais
~ pilih menu makanan yang seimbang --->seimbang ok! bukan tak mkn lgsung..
~ banyakkan makan buah-buahan dan sayuran
~ elakkan makan makanan ringan / snack (banyak MSG taw)
~ kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak (makan yg rebus2 lbh bgs)
~ tido dan rehat yang cukup
~ lakukan senaman ringan yang berterusan (main badminton pun ok)

Cukuplah sepuluh saja cik Limau senaraikan, banyak lagi sebenarnya tapi anda bole lah cari kat mane2 website untuk lebih tips dan info.. Ape-ape pun, kalau nk diet, ape yang paling penting adalah "disiplin"... Susah sebenarnya nak bentuk disiplin dalam diri, nak2 lak kalau time jalan2 kat shopping mall, confirm terbau je "kfc, dunkin' donut, auntie anne's, rotiboy dan banyak lagi yang berbau harum dan mengetuk hidung anda sambil berkata "jemput la masuk" yang pasti menggoncang disiplin anda untuk berdiet... huhuhuhu....

bau dia sangat mengancam kan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...