Hai selamat petang.....Cik Limau tengah bersantai2 ni tengok pemandangan petang budak2 main badminton... hehe... teringat zaman skolah2 dulu rajin gak main badminton depan umah, skrang da jarang da.. malu la anak gadis comel cam cik Limau ni terlombat2 kan2... hehe..
Baiklah, jika sebelum ni cik Limau ade bagitahu tentang kebaikan dan keburukan kasut bertumit tinggi, kali ni cik Limau pun nak kongsi gak lah pasal kasut bertapak rata atau orang putih kata "flat shoes".
comel kan kasut bertapak rata
|
Info menarik tentang kasut /selipar bertapak rata
@ Selalu dikatakan sebagai penyelamat bagi gantikan high heels
@ Ia lebih selesa dan senang untuk bergerak
@ Ia juga seksi dengan pelbgai jenis bentuk dan design yang menarik
@ Boleh berlari kesana kemari.. hehe
@ nampak lebih santai dan bersedia lakukan sesuatu
sangat santai dengan memakai flip-flops
|
Haa..Amacam? Suka tak? Hehehe... Cik Limau pun selalu gak pakai flat shoes ataupun selipar flip flops kalau nak jalan2 waktu petang, pergi beli makanan kat kedai atau jalan rumah kawan. Antara kebaikan kasut bertapak rata ni adalah :
Pertama : Praktikal
Kasut bertapak rata ni mungkin bagi sesetengah wanita nampak tidak seksi walaupun ade bentuk dan design dia yang menarik kan... tapi ia lebih praktikal. Kita bole wat ape je bila pakai kasut ni.. nak melombat? nak berlari? nak main nyorok2? punnnn boleh. Kalau heels lak tak sesuai untuk kita nk bermain dengan kanak2 kan, bersukan pun tak boleh, nak bergerak banyak pun tak selesa...
Kedua : Selesa
Pakai flat shoes memg selesa, tak de rase lenguh2 pada kaki kan dan nak jalan pun senang, tak yah cover2.. hehe... Biasenye cik Limau akan pakai flat ni macam yg cik Limau cakapkan kat atas tadi la n heel lak pakai time ade majlis2 je mcm malam anugerah ke, makan malam perdana ke atau majlis ape2 lah.
Ketiga : Tidak dibatasi jarak
Huhuhu... nampak mcm kelakar, tapi hakikatnya dengan kasut bertumit rata memg senang kita nak bergerak dan melangkah, nak round 2 3 shopping mall pun tak pe.. haha... Kalau dengan heels, konfirm cik Limau slender awal2..
Keempat : Risiko yang rendah
Kasut bertumit rata adalah lebih selamat dan berisiko rendah untuk dicuri.. haha.. maklumlah sekarang ni banyak lak kes curi kasut.. ish2.. pelik gak la cik Limau ape la yang pencuri tu berkenan sangat kan.. Tapi bole jadi gak la memg pencuri skarang pandai memilih heels untuk dicuri berbanding kasut flats sebab biasenye heels ni harganya berganda mahal dan lagi satu, senang kita nk kejar bas atau kejar pencuri tu bila nampak kasut dicuri... haa... amik ni!!! (sambil baling kasut flat kat kepala pencuri)..
Kelima : Sudah realiti
Ape yang realitinye ni? Ia bermakna kita tidak hipokrit la.. hahaha... Yelah, kalau pakai heels, ketinggian kita akan bertambah beberapa inci.. 1 inci pun nampak perbezaannya kot... hehe.. So, dengan memakai kasut flat ni, ia menunjukkan diri kita yang sebenar dengan ketinggian yang sebegitu.. huhu... cik Limau pun pendek gak :(
Keenam : Untuk kesihatan
Bila pakai heels, ia akan menambah risiko sakit belakang, cara jalan pun tak nature dan imbangan badan pun jadi pelik kan.. so ape kata, sekali sekala kita tukar pakai flats lak kan, bagi kaki kita ni rehat secukupnya.. Penat kot hari2 pakai heels..
Ketujuh : Demi keselamatan
Bagi wanita yang memandu, pakai flat buat anda rasa lebih selesa (ade yang tak pakai kasut terus) tak kan memandu pun nk pakai heels nak tunjuk kat sape.. ehehe.. Artis2 yang kita nampak pakai heels tu pun, bukan dia yang memandu kereta.. dia duk seat belakang je kan2. Kasut bertapak rata juga jarang buat seseorang tu terseliuh. Kalau terseliuh pun mungkin disebabkan benda lain seperti terpijak batu, tersepak tong sampah atau kaki termasuk dalam lubang atau longkang..
Kelapan : Kelihatan santai
Pakai flats nampak sangat santai dan kita nampak tenang dan selesa dengan pakaian kita. Lagipun, bila pakai flats ni, warna ape2 pun orang tak kisah sangat sebab ia sesuai je nk digayakan dengan apa pun. Berbanding high heels, kalau warna baju adalah biru, heels bewarna kuning akan membuatkan orang lain ketawa kepada anda unless la anda memg gadis ana lulu (warna warni).. hehe....
Tapi walau macam mana pun, kasut bertapak rata ni boleh bagi kesan buruk gak pada kita taw..
kesakitan akibat melecet
|
Antara keburukan 'flats shoes' dan lain2 sandal yang bertapak rata :
1) Kasut bertumit rata boleh menyebabkan tapak kaki kita haus dan melepuh dan lama kelamaan akan membuatkan kita rasa sakit untuk berjalan.
2) Kebanyakan kasut flats memang tiada sokongan pada lengkung di kaki menyebabkan kaki kita akan rasa tegang di bahagian otot2 bawah kaki.. Huhuhu... memg cik Limau pernah mengalaminya. Sakit bila bahagian tapak kaki kita menegang, tak tau la sebab apa, tapi bila kita urut2 tu rase sakit sangat walaupun kita hanya pakai kasut bertumit rata. Mungkin kasut tersebut tidak sesuai dengan kaki dan lepas ni tukar pada kasut yang lebih selesa...
3) Juga boleh menyebabkan sakit pada pergelangan kaki disebabkan bunyi derapan kasut yang terhasil bila kita berjalan especially kalau flip-flops.. betul tak? hehe... tapi risikonya tidaklah seteruk menggunakan kasut bertumit tinggi cuma penggunaan yang baik dan berhati-hati akan membuatkan kita lebih selesa mengenakan kasut bertumit rata ni...
4) Tidak selamanya selesa kerana bila berada di kawasan kerja seperti di kawasan pembinaan, kasut flats ni amatlah tidak digalakkan kerana ia sangat merbahaya dan lagi satu kalau pergi temuduga kerja pun memg sangat tak sesuai memakai flats shoes sebab orang akan kata kita datang untuk tayang muka bukan nak mintak kerja... huhu...
Jadi apa saja pilihan anda, high heels atau flats shoes, ia terpulang pada diri anda dan yang paling penting pastikan kaki sentiasa selesa dan tidak memakai kasut yang ketat taw sebab kasut ketat ni boleh buatkan kaki anda tidak dapat bernafas dengan baik dan tercedera sehingga melepuh dan melecet... uittt... memang sakit!!!
No comments:
Post a Comment