Thursday, February 2, 2012

adoii penatnye part 1~


Hai selamat petang.....Cik Limau tengah bersantai2 ni tengok pemandangan petang budak2 main badminton... hehe... teringat zaman skolah2 dulu rajin gak main badminton depan umah, skrang da jarang da.. malu la anak gadis comel cam cik Limau ni terlombat2 kan2... hehe..

Baiklah, jika sebelum ni cik Limau ade bagitahu tentang kebaikan dan keburukan kasut bertumit tinggi, kali ni cik Limau pun nak kongsi gak lah pasal kasut bertapak rata atau orang putih kata "flat shoes".
comel kan kasut bertapak rata

Info menarik tentang kasut /selipar bertapak rata
@ Selalu dikatakan sebagai penyelamat bagi gantikan high heels
@ Ia lebih selesa dan senang untuk bergerak
@ Ia juga seksi dengan pelbgai jenis bentuk dan design yang menarik
@ Boleh berlari kesana kemari.. hehe
@ nampak lebih santai dan bersedia lakukan sesuatu
sangat santai dengan memakai flip-flops
Haa..Amacam? Suka tak? Hehehe... Cik Limau pun selalu gak pakai flat shoes ataupun selipar flip flops kalau nak jalan2 waktu petang, pergi beli makanan kat kedai atau jalan rumah kawan. Antara kebaikan kasut bertapak rata ni adalah :
Pertama : Praktikal
Kasut bertapak rata ni mungkin bagi sesetengah wanita nampak tidak seksi walaupun ade bentuk dan design dia yang menarik kan... tapi ia lebih praktikal. Kita bole wat ape je bila pakai kasut ni.. nak melombat? nak berlari? nak main nyorok2? punnnn boleh. Kalau heels lak tak sesuai untuk kita nk bermain dengan kanak2 kan, bersukan pun tak boleh, nak bergerak banyak pun tak selesa...
Kedua : Selesa
Pakai flat shoes memg selesa, tak de rase lenguh2 pada kaki kan dan nak jalan pun senang, tak yah cover2.. hehe...  Biasenye cik Limau akan pakai flat ni macam yg cik Limau cakapkan kat atas tadi la n heel lak pakai time ade majlis2 je mcm malam anugerah ke, makan malam perdana ke atau majlis ape2 lah.
Ketiga : Tidak dibatasi jarak
Huhuhu... nampak mcm kelakar, tapi hakikatnya dengan kasut bertumit rata memg senang kita nak bergerak dan melangkah, nak round 2 3 shopping mall pun tak pe.. haha... Kalau dengan heels, konfirm cik Limau slender awal2.. 
Keempat : Risiko yang rendah
Kasut bertumit rata adalah lebih selamat dan berisiko rendah untuk dicuri.. haha.. maklumlah sekarang ni banyak lak kes curi kasut.. ish2.. pelik gak la cik Limau ape la yang pencuri tu berkenan sangat kan.. Tapi bole jadi gak la memg pencuri skarang pandai memilih heels untuk dicuri berbanding kasut flats sebab biasenye heels ni harganya berganda mahal dan lagi satu, senang kita nk kejar bas atau kejar pencuri tu bila nampak kasut dicuri... haa... amik ni!!! (sambil baling kasut flat kat kepala pencuri)..
Kelima : Sudah realiti
Ape yang realitinye ni? Ia bermakna kita tidak hipokrit la.. hahaha... Yelah, kalau pakai heels, ketinggian kita akan bertambah beberapa inci.. 1 inci pun nampak perbezaannya kot... hehe.. So, dengan memakai kasut flat ni, ia menunjukkan diri kita yang sebenar dengan ketinggian yang sebegitu.. huhu... cik Limau pun pendek gak :(
Keenam : Untuk kesihatan
Bila pakai heels, ia akan menambah risiko sakit belakang, cara jalan pun tak nature dan imbangan badan pun jadi pelik kan.. so ape kata, sekali sekala kita tukar pakai flats lak kan, bagi kaki kita ni rehat secukupnya.. Penat kot hari2 pakai heels..
Ketujuh : Demi keselamatan
Bagi wanita yang memandu, pakai flat buat anda rasa lebih selesa (ade yang tak pakai kasut terus) tak kan memandu pun nk pakai heels nak tunjuk kat sape.. ehehe.. Artis2 yang kita nampak pakai heels tu pun, bukan dia yang memandu kereta.. dia duk seat belakang je kan2. Kasut bertapak rata juga jarang buat seseorang tu terseliuh. Kalau terseliuh pun mungkin disebabkan benda lain seperti terpijak batu, tersepak tong sampah atau kaki termasuk dalam lubang atau longkang..
Kelapan : Kelihatan santai
Pakai flats nampak sangat santai dan kita nampak tenang dan selesa dengan pakaian kita. Lagipun, bila pakai flats ni, warna ape2 pun orang tak kisah sangat sebab ia sesuai je nk digayakan dengan apa pun. Berbanding high heels, kalau warna baju adalah biru, heels bewarna kuning akan membuatkan orang lain ketawa kepada anda unless la anda memg gadis ana lulu (warna warni).. hehe....
Tapi walau macam mana pun, kasut bertapak rata ni boleh bagi kesan buruk gak pada kita taw..


kesakitan akibat melecet

Antara keburukan 'flats shoes' dan lain2 sandal yang bertapak rata :

1) Kasut bertumit rata boleh menyebabkan tapak kaki kita haus dan melepuh dan lama kelamaan akan membuatkan kita rasa sakit untuk berjalan.




2) Kebanyakan kasut flats memang tiada sokongan pada lengkung di kaki menyebabkan kaki kita akan rasa tegang di bahagian otot2 bawah kaki.. Huhuhu... memg cik Limau pernah mengalaminya. Sakit bila bahagian tapak kaki kita menegang, tak tau la sebab apa, tapi bila kita urut2 tu rase sakit sangat walaupun kita hanya pakai kasut bertumit rata. Mungkin kasut tersebut tidak sesuai dengan kaki dan lepas ni tukar pada kasut yang lebih selesa...

3) Juga boleh menyebabkan sakit pada pergelangan kaki disebabkan bunyi derapan kasut yang terhasil bila kita berjalan especially kalau flip-flops.. betul tak? hehe... tapi risikonya tidaklah seteruk menggunakan kasut bertumit tinggi cuma penggunaan yang baik dan berhati-hati akan membuatkan kita lebih selesa mengenakan kasut bertumit rata ni...

4) Tidak selamanya selesa kerana bila berada di kawasan kerja seperti di kawasan pembinaan, kasut flats ni amatlah tidak digalakkan kerana ia sangat merbahaya dan lagi satu kalau pergi temuduga kerja pun memg sangat tak sesuai memakai flats shoes sebab orang akan kata kita datang untuk tayang muka bukan nak mintak kerja... huhu...


Jadi apa saja pilihan anda, high heels atau flats shoes, ia terpulang pada diri anda dan yang paling penting pastikan kaki sentiasa selesa dan tidak memakai kasut yang ketat taw sebab kasut ketat ni boleh buatkan kaki anda tidak dapat bernafas dengan baik dan tercedera sehingga melepuh dan melecet... uittt... memang sakit!!!

Wednesday, February 1, 2012

adoii...penatnye part 2~

Siapa yang tak gilakan kasut kan?? wink2... Cik Limau pun suke sgt gi kedai kasut.. Macam2 cik Limau try, last2 tak beli pun.. Mesti saleswomen tu geram je kan.. hehe... Actually, cik Limau nk cakap pasal kasut, selipar or apa2 je yang kita pakai kat kaki ni... Biasanya orang perempuan memg gilakan kasut tak kisah la dia beli ke tak, sepasang atau sepuluh kan.. Setengah wanita terutama yang bekerjaya, mesti ada paling kurang pun satu rak kasut pelbagai jenis dan warna. Sebenarnya kasut ni amat lah penting pada kita, tak cantik lah bila berkaki ayam ke pejabat atau ke gelanggang futsal kan.. hehe.. 

Sebenarnya ada pelbagai-bagai jenis kasut yang wanita boleh gayakan, antaranya : 

 1) heels
 2) wedges
 3) dinner shoes
 4) flats
 5) sandals
 6) slippers
 7) sport shoes
 8) boots 
 9) sneakers
10) oxfords
pelbagai jenis warna untuk digayakan
Banyak jugak lah kan kasut untuk wanita ni kan... tu baru skit cik Limau senaraikan adalah sepuluh jenis.. Kasut tidak harus dilihat sebagai alat untuk kelihatan cantik dan penuh glamor semata-mata, tapi apa yang penting adalah fungsi kasut tu sendiri mengikut kesesuaiannya. 

Memang tak menarik lah pergi majlis dengan hanya memakai selipar atau ke padang dengan memakai wedges.Tak sesuai langsung!!! 
Sesetengah wanita yang terlalu ghairah dengan kasut tumit tinggi (high heels) pula memang ada banyak stok kasut mcm ni kat rumah, mana taknye, design kasut dari Christian Louboutin, Jimmy Choo dan Giuseppe Zanotti memang awesome kan.. tak percaya cuba tanya kawan2 anda, siap ade katalog lagi untuk belian stock bulan depan.. hehe...

Oklah itu terpulang pada citarasa masing-masing yang penting jangan sampai membuatkan tubuh badan anda merana kerana high heels ni ada kebaikan dan keburukannya. Meh kita check apa dia...

Wanita akan kelihatan menarik bila memakai heels
Kebaikan :

Nampak lebih tinggi
Pakai heels ni membuatkan wanita nampak lebih tinggi.. of cos la takkan makin pendek kot.. hehe.. Ia mungkin akan membuatkan anda kelihatan lebih tinggi 5-6 inci. Dari jauh da bole nampak kawan2 anda kan.. Heels ni membantu wanita yang memang mahu kelihatan lebih tinggi sebab dorang rase lebih menarik.. hehee.. 

Ada style
Dengan pemakaian kasut bertumit tinggi, seseorang wanita tu akan nampak ade style! Dorang akan kelihatan lebih seksi dan menarik bila pakai heels, cara berjalan anda pun akan berubah kan.. nampak lebih sopan gitu berbanding bila pakai selipar.. tak caya, try la...

Postur badan yang baik
Tau tak, bila pakai heels ni, postor badan kita akan berubah berbanding bila pakai selipar yang flat tu. Wanita juga akan nampak lebih berkeyakinan bila dia berjalan.. mcm ala-ala model katakan.. Pape pun, try2 la pakai kat umah dulu bagi yang tak biasa pakai, silap2 ari bulan jatuh lak kan da malu..

Kaki nampak lebih menarik
Haaa... biase la bila da pakai heels ni, memg kaki nampak panjang dan berbentuk kan..Bagi  wanita yang minat pakai skirts tu nampak kaki dia lebih gorgeous la katakan.

Aksesori tambahan pada pakaian
Heels ni membuatkan pakaian yang kita pakai tu lebih menarik sebab biasenya kita akan gayakan heels mengikut warna baju kan, heels juga nampak sangat sesuai dengan pakaian corporate manakala heels yang kita pakai bersama jeans akan menampakkan kita lebih cool. Kalau nak sorokkan heels kita, pakailah skirt labuh atau kain supaya orang benar2 sangka kita adalah tinggi.. =)

Bagaimanapun, pemakaian high heels juga boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan. Kajian daripada Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat mendapati wanita yang pakai heels sekurang-kuranya 3 cm akan meningkatkan tekanan pada lutut hingga 26%. Ia akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis.

kesakitan yang dialami akibat memakai heels
Keburukan :

Kaki berasa sakit
Kebanyakan wanita akan rasa sakit kaki bila pakai heels sebab keseluruhan tubuh badan kita memberi tekanan pada kaki (sebab kaki yang berjalan kan..) Jika perkara ini berlarutan untuk tempoh masa yang lama, cik Limau sarankan supaya stop pakai heels.

Sukar untuk berjalan
Kebanyakan wanita sukar nak berjalan bila dah pakai heels, nak berlari apatah lagi kan. Berjalan atau berdiri terlalu lama dengan memakai heels akan mendatangkan kesakitan. Cara berjalan juga akan nampak buruk (sebab da terlalu penat). Ia juga akan membuatkan anda hilang imbangan badan dan boleh jatuh ketika berjalan.

Sakit belakang
Memakai heels membuatkan seluruh tekanan pada tubuh jatuh di tempat paling bawah (kaki). Tekanan ini menyebabkan sakit belakang. Walau bagaimanapun dengan cara jalan yang betul, latihan dan yoga membantu anda untuk mengatasi masalah sakit belakang yang disebabkan oleh pemakaian kasut bertumit tinggi.

Tumit menjadi keras dan kasar
Tekanan yang berterusan pada kaki akan menyebabkan ia akan menjadi keras dan kasar. Untuk mengatasi masalah ni, urutan lembut pada kaki dan tumit amat membantu. Gunalah minyak, krim atau losyen rawatan kaki.

Kaki terseliuh
Kebanyakan kaki terseliuh adalah disebabkan pemakaian kasut bertubit tinggi.Cik Limau pun pernah terseliuh gak taw.. sakit wooo... huhu.... untuk elakkan daripada terseliuh, berjalanlah dengan perlahan dan berhati-hati ketika mengenakan kasut ni. Kalau yang berjalan kaki gi kelas mcm Cik Limau ni (dari rumah sewa ke stesen bas).. lupakanlah hasratmu.. huhu... Kita bergaya time ade majlis je k... 

Ramai gak wanita yang sanggup pakai heels walaupun kaki da sakit, atas alasan nampak elegant, dan high class.. Alolo cik kak... Jangan disebabkan kasut anda merana dan tersiksa k...

Cik Limau mau pesan:

1) pilih heels yang sesuai dengan bentuk kaki anda
2) kurangkan memakai heels hanya 3-4 jam sehari k
3) ambillah masa untuk membuat urutan pada kaki dan tumit
4) pakai heels yang 1-2 inci saja jika anda memang suka memakai heels
5) latihan cara berjalan yang betul dan yoga dapat kurangkan rasa sakit sakit
6) standby flat shoes dlm kereta dan bila nk berjalan jauh leh tukar pakai selipar k


Untuk info yang lebih tepat mengenai kasut bertumit tinggi, sila click link ni k.




Alamakkkk..... lupe nk sarapan!!!!!



bersarapan bersama keluarga


Helo helo hai.....

Morning... (pagi ke ni?) hehe.... Korang da sarapan? makan ape pagi ni??? Chewah... Ni ayat lazim ni kalau pagi2 kita update post kat facebook or twitter kan2... hehe... Cik Limau pun selalu buat tapi kadang2 lupe nk sarapan (sarapan pun bole lupe ke?) ape2 je la.. tapi cik Limau kdg2 selalu lupe nak sarapan.. sebabnye... 

1) bangun lewat
2) pagi2 banyak keje nak buat
3) peti ais kosong
4) nak berdiet

Haaa.. yg kat atas tu 4 sebab nape cik Limau slalu lupe nk makan sarapan... Of cos la kalau da bangun kul 11.30 tak de makne nak sarapan lagi sebab tak lame nk makan tengah hari lak kan... makan banyak2 nanti berat badan bertambah. 


Pastu bangun2 pagi je terus nk kemas bilik, basuh baju, lipat kain, buat assignment.. dush2 terus lupe nk sarapan dan last skali yg paling sedih adalah peti ais kosong... huhu.. maklumlah bila di alam study ni, nak keluar gi kedai pun tak sempat tambah2 lagi kenderaan lak tak de, memg tak beli la barang2 dapur, seminggu sekali je taw.. 


bila da peti ais kosong, tak de ape nk makan pagi, lame2 jadi lupe nk makan sarapan n last skali konon nak berdiet la.. makan sarapan karang da mcm makan tengah hari, tengah hari nk makan lagi kan.. ish3.. Mungkin korang mesti ade lebih dari sepuluh alasan kenapa lupe nk makan sarapan kan2.... hehe...

Oraitt... 
Kepada cik Limau dan kawan2 semua, DIINGATKAN.... jangan sesekali tak makan sarapan atau skip sarapan pagi anda... Tak kire la bangun lewat ke, tak de masa ke, nak berdiet ke tetapi makanlah sedikit sarapan untuk mengalas perut anda... Apa terjadi bila tak sarapan??

1) Metabolisma kita lemah, tak de tenaga
2) Minda tidak berkembang dan kurang cerdas
3) kurang tumpuan dalam kelas atau semasa kerja
4) perut sentiasa lapar dan boleh mengakibatkan gastrik 
5) paras gula dalam darah turun secara mendadak di bawah paras normal

Bahayanye....... owh no!! tak nak jadi cam ni... Cik Limau kene kuat semangat untuk bangun makan sarapan esok... Kepada kawan2, jangan sesekali skip breakfast taw dan lagi satu, cik Limau nak cakap ni... Kepada sesiapa yang memang makan sarapan tu, jangan terlalu suke sangat... Haaa... korang makan sarapan ape ye??? sihat tak?? Tau takut.. hehe... Sudah jadi tren kat Malaysia ni, kita makan apa saja asalkan bersarapan, kononnye, sarapan tu sangat penting! (memg penting pun).. Cuba tengok gambar kat bawah ni.. yang mana satu menjadi pilihan anda ketika bersarapan...

sarapan pagi kurang berkhasiat
Fuhh.... terliur tengok nasi lemak dengan roti canai tu... memg faveret cik Limau.. Selalu pagi2 memg nak cari makanan ni sebenarnye...haha... Ia juga dikenali sebagai big big big breakfast... hehe... Adakah anda pun sama???? Atau...........


sarapan pagi berkhasiat
Anda sememangnya mengamalkan sarapan seperti ini??? Huhu.. tepuk dada tanya selera... yummy2... kedua2 sarapan ni sangat sedap kan.. tetapi kedua2nya adalah berbeza dari segi kalori, karbohidrat serta serat yang dibekalkan untuk tubuh badan kita. Pilihlah sarapan pagi yang berkhasiat untuk memulakan hari anda...

Sarapan yang baik akan memberikan anda tenaga yang cukup untuk sel-sel otak supaya dapat berfungsi dengan baik pada waktu pagi disamping mengelakkan tubuh badan kita jadi lesu dan tidak bermaya. Memilik makanan berat atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi adalah pilihan sarapan yang kurang bijak. 


Antara sarapan pagi yang cik Limau syorkan :


1) roti atau bijirin seperti roti bakar, muffin, susu rendah lemak atau yogurt
2) buah-buahan atau sayuran seperti pisang, epal dan potongan lobak
3) minum jus oren atau susu pagi2 untuk gantikan kopi
4) makan telur rebus, telur dadar yang dicampurkan dengan roti penuh serat


Haa... lagi satu, sarapan ni sebenarnya dapat membantu anda untuk berdiet tau sebab bila anda da bersarapan, perut da terisi, tak de la rase lapar sangat kan masa makan tengah hari dan boleh lah makan tengah hari dengan kuantiti yang sikit betul tak?? hehe...


Ada sebuah kajian yang dibuat di Amerika Syarikat ke atas 3000 orang sukarelawan menunjukkan mereka dapat kurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul hanya dengan mengamalkan sarapan. Jadi apa lagi, jangan skip sarapan anda kerana ia adalah satu langkah kurang bijak untuk berdiet k. 
Wink (^_*)

Tuesday, January 31, 2012

Kesan Pemakaian Produk Kosmetik


wanita sanggup lakukan apa saja untuk kelihatan cantik



Wanita memang tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Cik Limau akui, cik Limau pun selalu jengok2 blok atau laman web yang memaparkan produk2 kecantikan.. hehe.. 

Syok sebenarnya bila kita dapat membelai kulit dan wajah, kalau ada spa kat rumah, lagi syok kan.... Tak perlu susah2 nak pergi spa yang jauh dari rumah dan bazirkan duit je kan2... Sekarang yang pasti, sauna da bole dibuat di rumah je (betul ke?) ni yang cik Limau suka ni.. hehe.

Okie lah... berbalik pada tajuk hangat kita ni... kesan pemakaian produk kosmetik boleh membahayakan kesihatan kerana sesetengah dan kebanyakan produk kosmetik ni mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan mendatangkan mudarat pada kulit dan wajah kita malah ada juga yang beracun... jeng...jeng...jeng...





1 - Hydroquinone




Sesetengah bahan kimia yang mengandungi Hydroquinone boleh menyebabkan kerosakan pada kulit muka. Ia biasa diguakan untuk proses mencuci gambar yang diadun secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai ejen pemutih kulit.. Check label pada botol kosmetik anda sekarang! Ada bahan kimia Hydroquinone tak?? 


Bahan kimia ini juga boleh menyebabkan sakit sawan, kulit wajah menjadi hitam, koma, mual dan kanser sulit yang serius. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan berasa terbakar, masalah ginjal, kanser darah an kanser sel hati.. 

2 - Mercuri

Biasanya digunakan dalam produk pemutih. Antara kesannya ialah berlakunya iritasi dan alergi pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah, dan kanser.

3 - Tretinoin / Retinoic acid

Bahan kimia tretinoin juga digunakan dalam produk rawatan kecantikan yang berbentuk krim atau losyen khas untuk merawat jerawat... Alamakkk.... ni yang cik Limau takutkan ni.... huhu... Tretinoin juga akan mengakibatkan kulit berasa kering dan terbakar dan menyebabkan kerosakan pada janin. huhu... seram sgt..

Kimia tretinoin mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit mengelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya Ultra-violet. Ia mungkin boleh mencacatkan wajah... soooo scary!!!....

4 - Sodium Laureth Sulfate

Produk ni memang banyak ada dalam produk2 syampu, sabun, dan pencuci.. Ia boleh membuat banyak buih tapi sebenarnya buih-buih ni tak brape bagus sebab ia boleh mengeringkan kulit. Bahan ni boleh menyebabkan alergi, asma, sakit kepala, sendi, pening2, sakit mata dan lain-lain.. sangat bahaya kan. tapi cane nak elak, dalam sabun pun ade.. huhu..



5 - Rhodamin


Bahan ni boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati..

6 - Paraben

Bahan ni banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan kanser payudara. 

7 - Propylene Glycol

Bahan ni pun banyak didapati dalam kosmetik dan pencuci muka... scary kan. Bahan ni boleh menyebabkan kesan kemerahan pada kulit, kerosakan ginjal dan hati.



8 - Isopropyl alcohol

Alcohol ni biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk. Bahan ni boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penuaan.



9 - DEA, TEA, MEA

DEA (Diethanolamine), TEA (Triethanolamine) dan MEA (Monoethanolamine) b
oleh menyebabkan kanser ginjal dan hati untuk jangka masa panjang.


10 - Minyak mineral

Minyak ini akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Ia boleh mengakibatkan jerawat.



11 - Polyethyene Glycol (PEG)

Menyebabkan kelembapan kulit terganggu, penuaan dan bakteria.

***
Oleh itu cik Limau harap kepada semua pengguna tak kira lelaki atau wanita supaya berhenti menggunakan sesuatu produk bila ade rasa iritasi atau keradangan pada kulit yang kemerahan setelah pakai produk tu k.. Lagi satu, check dulu label yang ada pada sesuatu produk dan pastikan bahan-bahan kat atas tu tak ada... gunalah bahan yang semulajadi dan selamat =)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...